Sepakat 1 Malaysia Seberang Perai Utara Slideshow: Hatta’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Pinang was created by TripAdvisor. See another Pinang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
hattarobiki.blogspot.com
untuk remaja-remaja intelektual, rasional, dinamik dan berwawasan
November 27, 2011
November 26, 2011
Penghayatan 1 Malaysia Slideshow: Hatta’s trip to Georgetown, Pulau Penang, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Georgetown slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Oktober 07, 2011
BAJET 2012, “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”
Hakikatnya,Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telahmerubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadinegara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya,kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Iahasil ikatan antara kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkanruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangansistematik dan pelaksanaan berkesan.
Inilahlimpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjakmerdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawalasinggah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir,mena?kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyatdan kesejahteraan negara.
Kisahkejayaan seumpama ini, bukan satu kelaziman, ia sebenarnya satu keluarbiasaan.Jika diimbau, terdapat banyak negara di dunia yang mempunyai lebih banyakpotensi untuk berjaya daripada Malaysia di awal merdeka, namun, mereka telahrebah tersungkur di tengah jalan walaupun mengendong sarat hasil bumi, malah,tidak terbeban pula oleh faktor garis rekahan yang berpotensi memusnah,seperti, kemajmukan kompleks, perbezaan sosioekonomi yang terikat dengan faktoretnik sekalipun pemisahan fizikal wilayah negara.
Jelastermaktub dalam sisir masa, cerita kejayaan pembangunan Malaysia bukansemata-mata kisah yang dilakar di bilik-bilik Lembaga Pengarahbangunan-bangunan pencakar langit. Ia adalah citra yang dinukil pak tani disawah, nelayan di laut, peneroka di ladang, penoreh getah di estet, penanamsayur di pinggir bandar, pekerja industri di kilang-kilang, usahawan-usahawanbertatih di juang niaga, barisan penjawat awam, guru dan pendidik dibilik-bilik darjah, para pensyarah di kuliah, anggota keselamatan dimedan-medan, para profesional, budayawan, seniman, pendek kata seluruh rakyatMalaysia tanpa mengira kaum, kepercayaan, gender mahupun status ekonomi.
Setelah 53bajet, 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang yangmasing-masing berpayung di bawah Dasar Ekonomi Baru antara 1971 hingga 1990,Dasar Pembangunan Nasional melewati tempoh-tempoh 1991 sampai tahun 2000 danDasar Wawasan Nasional yang merentasi 2001 hingga 2010, hari ini, kita sederapuntuk menyambung langkah menuju negara maju berpendapatan tinggi.
Seperti manasemua mengetahui, saya telah memulakan pentadbiran ini dengan menggariskanfalsafah pemandu 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kemudian,ia telah disusuli dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan7 NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA, Model Baru Ekonomidengan 8 SRI dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik yang akanmenyaksikan proses besar islah undang-undang bagi membolehkan Malaysia menjadisebuah negara yang moden, progresif sekaligus demokrasi yang berfungsi.
Selain itu,dari masa hingga masa, bagi melengkapkan segala-galanya, Kerajaan akanmemetakan lagi beberapa program transformasi sektoral. Kemuncaknya, kesemuaprogram dan inisiatif ini akan berpayung pada Dasar Transformasi Nasional atauDTN yang mula berlangsung pada tahun 2011 sehinggalah 2020.
Kemasukanpelaburan langsung asing telah kembali rancak dan menunjukkan trend yangmeningkat. Pelaburan langsung asing (FDI) berkembang 6 kali ganda kepada RM29bilion pada tahun 2010, mencatat pertumbuhan yang tertinggi di Asia.
KemasukanFDI terus melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion dalam tempoh6 bulan pertama 2011 berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2010.Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka berkembang kukuh 15.9 peratusdisokong oleh peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik.
Asas ekonominegara kekal utuh. Sistem kewangan dan perbankan negara terus teguh dengannisbah modal wajaran risiko adalah 14.8 peratus, jauh melebihi paras keperluan8 peratus dalam piawaian antarabangsa. Rizab antarabangsa terus kukuh mencatatRM414.5 bilion pada 15 September 2011, mampu membiayai 9.5 bulan importtertangguh serta 4.5 kali hutang luar jangka pendek. Pendapatan per kapita dianggarkanmeningkat kepada RM28,725 pada tahun 2011 berbanding RM26,175 pada tahun 2010.
Berikutanpertumbuhan ekonomi global tidak menentu, perdagangan luar sederhana, tekananinflasi meningkat serta suasana geopolitik yang bergolak, pertumbuhan ekonominegara dalam tempoh separuh pertama 2011 mencatat 4.4 peratus. Pertumbuhan inididorong oleh perkembangan ekonomi domestik yang kekal tegap. Momentum inidijangka meningkat dalam tempoh separuh kedua 2011, dipacu oleh penggunaan danpelaburan swasta yang lebih rancak. Dengan ini, pertumbuhan ekonomi bagi tahun2011 dianggar berkembang 5 hingga 5.5 peratus.
Bagi tahun2012 pula, prospek ekonomi global dijangka lebih mencabar. Tabung KewanganAntarabangsa telah menyemak semula pertumbuhan ekonomi dunia kepada 4 peratusdan perdagangan dunia kepada 5.8 peratus. Ini berikutan kelembapan ekonomi diAmerika Syarikat, Eropah dan Jepun, tekanan inflasi akibat kenaikan hargakomoditi, krisis hutang negara Eropah serta perdagangan dunia yang lebihperlahan. Perkembangan global ini sudah tentunya memberi impak langsung ke atasekonomi Malaysia.
Mengambilkira faktor ini, kerajaan akan menyusun strategi merancakkan aktiviti ekonomidomestik terutamanya pelaburan swasta dan awam, serta penggunaan swasta.Pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat 15.9 peratus dan 7 peratus,disokong oleh peningkatan pelaburan langsung asing, pelaksanaan projek ETP danRolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).
Penggunaanswasta di unjur meningkat 7.1 peratus berikutan peningkatan pendapatan bolehguna dan prospek pekerjaan yang lebih positif. Dari sudut penawaran, sektorperkhidmatan dijangka berkembang 6.5 peratus manakala sektor pembinaanmeningkat 7 peratus. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2012diunjurkan antara 5 hingga 6 peratus.
PERUNTUKANBAJET 2012
Bajet 2012akan menyediakan peruntukan RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan Kerajaan termasuk projek dan program di bawah RP-Kedua, NKEA, NKRAdan SRI khususnya menumpukan kepada kesejahteraan rakyat. Daripada jumlahtersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM51.2bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Di bawahperuntukan mengurus, RM52 bilion adalah bagi Emolumen dan RM30.5 biliondisediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala, RM96.5 bilion diperuntukkankepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah RM1.1 bilion disediakanuntuk Pembelian Aset dan baki RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain.
Bagiperuntukan pembangunan pula, RM29.8 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untukmenampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian danpembangunan luar bandar. Sejumlah RM13.6 bilion diperuntukkan bagi sektorsosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan sertapembangunan masyarakat. Seterusnya, RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunansektor keselamatan, RM1.4 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuksimpanan luar jangka.
Dari segikutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012, jumlahnya dianggarkanmeningkat 1.9 peratus kepada RM186.9 bilion, berbanding RM183.4 bilion padatahun 2011. Dengan mengambil kira anggaran hasil dan perbelanjaan, defisitKerajaan Persekutuan bagi tahun 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7peratus daripada KDNK, berbanding 5.4 peratus pada tahun 2011.
Dalammenangani persekitaran luar yang semakin mencabar usaha akan terus dilaksanakanbagi memperkukuh ekonomi domestik. Bagi terus memantapkan pertumbuhan ekonominegara, Kerajaan akan melaksanakan Pakej Rangsangan Khas dibiayai melaluiPrivate Financing Initiative (PFI). Kaedah ini telah terbukti berjayamerangsangkan ekonomi negara melalui penambahan projek-projek yang produktifdan boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Melaluiinisiatif ini, beberapa projek awam seperti pembaikan dan penyelenggaraansekolah, termasuk pembinaan blok baru, menaiktaraf hospital, rancangan tebatanbanjir, menaiktaraf infrastruktur asas luar bandar serta pembinaan perumahanrakyat termasuk perumahan golongan nelayan dan golongan berpendapatan rendahdapat dilaksanakan. Bagi tahun 2012, jumlah projek melalui Pakej RangsanganKhas ini berjumlah RM6 bilion akan dilaksanakan.
FOKUS BAJET2012
Dengan izinAllah SWT jua, Bajet 2012 dirangka dan dirancang bertemakan “DASAR TRANSFORMASINASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” dengan memberi penekanankepada lima fokus utama.
FOKUSPERTAMA: MELIGAT PELABURAN
Sesungguhnya,sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara denganmencatatkan hampir 58 peratus kepada KDNK. Di bawah RMKe-10, Kerajaanmensasarkan sektor ini mencapai 60 peratus kepada KDNK menjelang tahun 2015.Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa padatahun 2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta; perkhidmatan pakarperubatan dan pergigian; arkitek; kejuruteraan; perakaunan dan percukaian;perundangan; perkhidmatan kurier; perkhidmatan pendidikan dan latihan; sertaperkhidmatan telekomunikasi. Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuitiasing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
Tahun 2012juga merupakan tahun pertama pelaksanaan Rolling Plan Kedua bagi RancanganMalaysia Ke-10 dengan peruntukan sebanyak RM98.4 bilion, RM49.2 bilion bagitahun 2012 dan RM49.2 bilion lagi bagi tahun 2013.
Rolling PlanKedua akan menumpukan kepada projek pembangunan berimpak tinggi dan menyumbangkepada pertumbuhan ekonomi negara. Serentak itu, untuk memastikan setiap senyang dibelanjakan membawa manfaat kepada rakyat, pengurusan nilai, akan terusdiamalkan bagi projek baru bernilai RM50 juta ke atas.
Antaraprojek utama yang akan dilaksanakan adalah:
o Projeklandasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru; Projek Lebuhraya PantaiTimur Jabor – Kuala Terengganu, Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping,Lebuhraya Segamat – Tangkak dan Lebuhraya Central Spine serta pembinaan jalanKota Marudu – Ranau; dan Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi KualaLumpur.
DalamRancangan Malaysia Ke-10, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM20bilion di bawah Dana Mudahcara perkongsian awam-swasta atau PPP. Ia berperanansebagai tipping point bagi membantu sektor swasta membangunkan projek yangmempunyai nilai strategik kepada negara. Daripada jumlah ini, RM18 bilion untukkegunaan projek berimpak tinggi manakala RM2 bilion untuk projek melibatkanusahawan Bumiputera. Bagi tahun 2012 pula, kerajaan memperuntukkan RM2.5 biliondi bawah dana ini dan dijangka RM300 juta akan digunakan oleh usahawanBumiputera.
Bagi tahun2012, kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta untuk merancakkan pembangunan dilima wilayah koridor. Di antara projek yang akan dilaksanakan adalah, pembinaanlebuh raya persisiran pantai Johor Bahru-Nusa Jaya di Iskandar Johor; projekpelancongan warisan Taiping di Koridor Utara; projek agropolitan Besut diKoridor Pantai Timur; projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit LahadDatu di Wilayah Koridor Sabah dan projek bekalan air Samalaju di WilayahKoridor Sarawak.
Dalamikhtiar merancakkan industri perbankan, kewangan dan pasaran modal, usahaberterusan diperlukan bagi menggalakkan pembangunan perkhidmatan kewangan yanglebih berintegrasi serta komprehensif. Ia dapat dicapai dengan penubuhan PusatPengurusan Perbendaharaan yang akan membangunkan Malaysia sebagai pusat kewanganberdaya saing di rantau ini.
Bagi menariksyarikat multinasional memilih Malaysia sebagai destinasi utama PerkhidmatanPengurusan Perbendaharaan, Kerajaan mencadangkan pakej galakan berikut:
Pertama:Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama 5 tahun.
Kedua:Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman; dan
Ketiga:Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan.
Sepertidibentang dalam Bajet 2011, Kerajaan bersetuju untuk membangunkan PusatKewangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIFD dan menimbang pakej insentif yangmenarik. Dengan itu, saya mencadangkan:
Pertama:Pengecualian cukai pendapatan seratus peratus bagi tempoh sepuluh tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD;
Kedua: ElaunBangunan Industri dan Elaun Modal Dipercepatkan bagi syarikat berstatus KLIFDMarquee; dan
Ketiga:Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun bagi pemajuhartanah di KLIFD.
Merujukindustri kewangan Islam pula, ia telah berkembang pesat sejak sedekad laluyakni 22 peratus kepada jumlah keseluruhan aset kewangan berbanding 6.9 peratuspada tahun 2000. Industri kewangan Islam menyumbang 11 peratus kepada jumlahpekerjaan sektor kewangan negara. Sektor perbankan Islam dan takaful terusmencatatkan pertumbuhan dua digit dalam tempoh lima tahun yang lepas.
Pasaransukuk Malaysia juga terus menjadi pasaran bon Islam terbesar di dunia mewakilidua per tiga daripada sukuk terkumpul global. Kita juga menjadi perintis dalammencipta produk kewangan Islam berinovatif. Pada tahun ini, kita berjayamenerbitkan Sukuk Global Wakala pertama di dunia bernilai dua bilion dolarAmerika dengan lebihan langganan 4.5 kali ganda.
Hakikat inimenjadi bukti meningkatnya keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara danpenerimaan dunia terhadap produk kewangan Islam terbitan Malaysia. Lantaranitu, bagi terus menggalakkan penerbitan sukuk yang menggunakan struktur wakala,potongan cukai diberi bagi tempoh tiga tahun ke atas perbelanjaan penerbitansukuk wakala mulai tahun taksiran 2012. Manakala, pengecualian cukai pendapatanke atas penerbitan dan urus niaga sukuk bukan ringgit dilanjutkan lagi selamatiga tahun sehingga taksiran 2014.
Di sudutlain, Exchange Traded Fund atau ETF merupakan salah satu produk kewanganinovatif. Cabaran krisis kewangan dunia yang berlaku pada tahun 2008 telahmembuatkan para pelabur menilai semula tahap risiko pelaburan mereka danberalih kepada ETF. Ciri kepelbagaian portfolio yang merangkumi keseluruhanspektrum ekuiti, bon dan komoditi membolehkan para pelabur meneroka peluangpelaburan baru melalui pasaran ETF. Untuk merancakkan lagi pembangunan produkETF, I-VCap, anak syarikat Valuecap Sendirian Berhad akan menyediakan danapermulaan patuh Syariah berjumlah RM200 juta. Dana ini akan memberi pinjamansecara pemadanan dengan jumlah maksimum RM20 juta.
Insya-Allah,kerajaan bercadang untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings atau FGVHsebelum pertengahan tahun 2012 bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVHsebuah syarikat berstatus konglomerat global. Penyenaraian FGVH akan mewujudkansebuah lagi syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minatpelabur antarabangsa terhadap Bursa Malaysia.
Walau apapun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoritisaham oleh Koperasi Permodalan Felda. Apa yang mustahak, setiap peneroka akanmenerima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti, sebelumpenyenaraian dilakukan.
Menyedaripula keperluan mempelbagaikan produk pasaran modal bagi menarik pelaburantempatan dan asing, kerajaan telah memberi kadar cukai konsesi 10 peratus keatas dividen pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam AmanahPelaburan Hartanah sehingga 31 Disember 2011. Bagi terus menggalakkanperkembangan industri ini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai dilanjutkan selama5 tahun lagi mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.
Seperti yangdimaklumi, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) menyumbang hampir 31 peratus kepadaKDNK, 56 peratus kepada tenaga kerja dan mencakupi 19 peratus daripada jumlaheksport. Sebagai usaha meningkatkan lagi sumbangan PKS kepada pertumbuhanekonomi, satu skim Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah dua bilionringgit yang dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih akan diwujudkan pada2012. Seiring maksud ini, Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada kadarkeuntungan pembiayaan.
Selanjutnya,kita tahu bahawa, kegagalan usahawan bukan semuanya disebabkan olehketidakupayaan berniaga tetapi juga oleh faktor di luar kawalan sepertikemelesetan ekonomi dan kenaikan kos. Gagal sekali tidak bermakna gagalselama-lamanya atau pintu kejayaan telah tertutup. Usahawan yang ikhlas dangigih dalam perniagaan mesti diberi peluang kedua.
Bagi tujuanini, kerajaan akan menyediakan SME Revitalisation Fund dengan dana RM100 juta.Skim ini menawarkan pinjaman mudah dengan maksimum satu juta ringgit kepadagolongan peniaga untuk membangunkan semula perniagaan mereka. Dana ini akandiuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
Kerajaanjuga bercadang untuk menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS sebanyak RM10 jutauntuk membantu PKS yang terlibat dengan bencana alam. Penubuhan dana ini adalahsatu langkah proaktif bagi membantu PKS supaya dapat beroperasi semula sepertibiasa dalam tempoh yang singkat. Dana ini akan disalurkan kepada PKS dalam bentukgeran dan pinjaman mudah melalui SME Corporation dan MIDF. Skop pembiayaan danaakan meliputi pembelian mesin dan peralatan untuk menggantikan mesin yangmusnah dalam bencana alam, pembelian bahan mentah dan membaik pulih premis.
Menyentuhperniagaan francais pula, kita dapati, francais oleh syarikat tempatan dapatmemperkasakan jenama Malaysia. Jadinya, bagi terus menyokong pembangunanindustri francais tempatan, kerajaan mencadangkan fi francais yang ditanggungoleh francaisi dibenarkan potongan cukai. Kerajaan menyeru syarikat francaistempatan tidak melepaskan peluang untuk terus berusaha dan memantapkan lagiperniagaan termasuklah mengembangkan sayapnya ke luar negara.
Dalam usahamemajukan teknologi hijau dan menjamin kelestarian pembangunan negara,pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francaisakan terus diberi bagi mengimport kereta hibrid dan kereta elektrik.Pengecualian cukai ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2013.
Berkaitanpelancongan pula, pada tahun 2010, sektor ini berjaya menarik seramai 25 jutapengunjung asing dengan pendapatan RM56 bilion. Bagi terus menggalakkanpelancong dari dalam dan luar negara, destinasi menarik khususnya PulauLangkawi akan dibangunkan semula.
Pelan IndukLima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukanpembangunan RM420 juta. Antara inisiatif yang akan diambil ialah menyusunsemula Lembaga Pembangunan Langkawi, penubuhan pasukan renjer hutan, menaiktaraf muzium, kawasan pantai dan perniagaan serta menyediakan sistempengangkutan yang lebih efisien.
Kerajaanjuga akan terus membantu sektor swasta menyediakan lebih banyak kemudahanpenginapan bagi menarik pelancong berbelanja tinggi. Bagi menggalakkan lagipelaburan dalam bidang perhotelan setanding dengan hotel terkemuka di dunia,Kerajaan mencadangkan pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf empatdan lima bintang di Semenanjung Malaysia diberi galakan Taraf Perintis denganpengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburansebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun.
Galakancukai yang serupa telah diberi kepada pengusaha hotel di Sabah dan Sarawak. Disamping itu, Kerajaan akan memperbadankan Malaysia Healthcare Travel Councilbagi membangun dan mempromosi negara sebagai destinasi utama penjagaankesihatan di rantau ini.
Berhubungkadar cukai keuntungan harta tanah (RPGT), kadar tetap RPGT yang rendah iaitulima peratus didapati tidak begitu berkesan untuk membendung aktiviti spekulasidalam pasaran hartanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepadaharga hartanah. Situasi ini dalam jangka masa panjang akan menjejaskankemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.
Bagimenangani masalah ini, kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula. Bagihartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGTadalah 10 peratus. Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihidua hingga lima tahun, RPGT dikekalkan pada kadar lima peratus. Bagi hartanahyang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan. Saya yakin,kadar RPGT yang masih rendah ini tidak menjejaskan pemilik hartanah tulin dansekali gus dapat mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah.
FOKUS KEDUA:MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
Sememangnya,inovasi membolehkan rantaian nilai ekonomi dianjak ke tahap yang lebih tinggi.Inovasi mencetuskan idea baru yang dirubah menjadi nilai komersial berdayamaju. Justeru, institusi penyelidikan perlu menyusun semula strategi untukmenterjemahkan hasil R&D kepada produk yang bernilai komersial.
Inovasiperlu diterap dan diamalkan oleh semua, termasuk sektor swasta, sektor awam,NGO, ibu bapa, institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, hatta kanak-kanakprasekolah. Dengan ini, sukacita saya mengumumkan tahun 2012 sebagai tahunGerakan Inovasi Nasional. Bagi menjayakan hasrat ini, Kerajaan telah mengaturbeberapa inisiatif strategik dengan peruntukan RM100 juta seperti berikut:
Pertama:Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah danIPTA serta di kawasan luar bandar. Program ini akan dijalankan melaluikerjasama antara agensi Kerajaan dan NGO;
Kedua:Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inovasi oleh Yayasan Inovasi Malaysiauntuk menggalakkan pencetusan idea baru dan pengkomersialan produk inovasihasil penciptaan rakyat terutamanya di luar bandar;
Ketiga:Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) bagi mengiktiraf reka ciptapelajar dan belia yang paling inovatif di peringkat nasional. Program ini akandilaksanakan oleh NGO dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi danInovasi;
Keempat:Memupuk budaya inovasi melalui program realiti dan dokumentari inovasi di mediaelektronik serta penerbitan artikel di media cetak;
Kelima:Mempastikan sesuatu produk melalui market validation untuk menentukan daya majukomersial. Untuk ini, Market Validation Fund dengan peruntukan permulaan RM30juta akan diwujud dan diuruskan oleh Malaysian Technology DevelopmentCorporation (MTDC) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia;
Keenam:Lebih daripada 300 harta intelek dalam bentuk produk dan teknologi barudaripada universiti akan ditawarkan kepada sektor swasta untuk dikomersialkan.Jangkaan Gross National Income atau GNI yang dijana adalah melebihi 30 billionringgit sehingga tahun 2020; dan
Ketujuh:Menganjur World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum pada tahun 2012.Inisiatif ini merupakan sebuah platform untuk menemukan pelabur dan pembiayaserta komuniti usahawan.
Untukmembolehkan syarikat PKS memulakan perniagaan produk penyelidikan baru danpengkomersialan, Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuhsyariah berjumlah 500 juta ringgit pada kadar keuntungan yang menarik. Dana inimembiayai syarikat PKS di mana produknya telah menjalani proses pengesahanpengkomersialan pasaran. Dana ini akan disediakan oleh bank-bank Islam terpilihmulai tahun 2012 dengan kerajaan menanggung dua peratus daripada kadarkeuntungan.
Dalam aspekini juga, industri perkhidmatan reka bentuk yang meliputi kreativiti daninovasi dapat menyumbang kepada peningkatan fungsi dan keselamatan produk,pengurangan kos serta memenuhi cita rasa pengguna masa kini. Di samping itu,industri ini juga memainkan peranan penting untuk terus meningkatkanproduktiviti, kualiti dan daya saing produk.
Bagimenggalakkan kreativiti, inovasi dan teknologi moden yang melibatkan perekabentuk tempatan, Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberigalakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratusselama lima tahun.
Ilmupengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sesebuah tamadun dan pelapik asasbagi mencapain kecemerlangan. Jadinya, untuk menuju aspirasi negara majuberpendapatan tinggi, Kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan sistempendidikan yang dapat melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi,mempunyai daya kreativiti serta berinovatif.
Sektorpendidikan akan diperuntukkan RM50.2 bilion bagi tahun 2012. Bagi KementerianPelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuksemua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah JenisKebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Sebagaitambahan, peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan,Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untukmembaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan danpembinaan blok tambahan. Daripada peruntukan tersebut, RM500 juta kepadaSekolah Kebangsaan, RM100 juta disediakan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,RM100 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, RM100 juta Sekolah Mubaligh, RM100juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah SainsMara.
Bagimembolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomiberpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikanakses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pada masa ini, pelajarmasih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengahuntuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-SekolahMalaysia dan Insuran Takaful.
Ingindimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan.Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah,pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disediadengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukansebanyak RM150 juta.
Sektorswasta turut memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan berkualitiuntuk melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang. Oleh itu, kerajaanmencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran danmemenuhi peraturan yang ditetapkan diberi galakan berikut:
Pertama:Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburansebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun;
Kedua:Potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebihramai kemasukan pelajar asing; dan
Ketiga:Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan pembelajaran.
Kerajaanberharap, dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah swasta,sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar,agar beban para ibu bapa dapat diringankan.
Institusipendidikan rendah dan menengah yang berdaftar, termasuklah sekolah kebangsaan,sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama, seringkalimenerima sumbangan kewangan daripada syarikat dan orang perseorangan bagimenambah baik kemudahan di sekolah-sekolah tersebut.
Bagimenggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut, makasumbangan seperti ini diberi potongan cukai. Kemudahan ini juga dipanjangkankepada semua tempat-tempat ibadat yang berdaftar. Kerajaan akan menyegerakankelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadatdalam tempoh masa yang singkat.
Di sampingitu, sektor swasta adalah disaran untuk berganding bahu memantapkan pembangunanmodal insan berkemahiran tinggi. Untuk ini, Kerajaan mencadangkan pemberiangalakan cukai berikut:
Pertama:Potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalammelaksanakan program Internship;
Kedua:Potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa; dan
Ketiga:Potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luarnegara.
FOKUSKETIGA: PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
ProgramTransformasi Luar Bandar atau RTP merupakan pelengkap program transformasimenyeluruh negara. RTP akan mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampumenarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomiserta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat. Oleh itu, Kerajaan akanmelaksanakan beberapa langkah seperti berikut:
Pertama:Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai pusat integrasiperkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaranpertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan; latihan dankemahiran; klinik serta ruang niaga. Buat permulaan, Terminal Agrobisnes Negaraatau TEMAN sedia ada di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, di Perak akandimajukan sebagai projek perintis RTC. Di samping itu, empat lagi RTC akandibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak;
Kedua:Mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional sepertipeguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan-pekan kecil. Bagitujuan ini, dana berjumlah RM100 juta akan disediakan oleh BSN secara pinjamanmudah dengan kadar faedah empat peratus. Di samping itu, surat cara perjanjianpembiayaan skim ini turut diberi pengecualian duti setem; dan
Ketiga:Melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang melibatkan tanaman komoditi,penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110juta. Di samping itu, RISDA akan melaksanakan program tanaman baru getah danpenanaman semula getah serta kelapa sawit dengan peruntukan RM140 juta yang akanmemanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.
Seterusnya,untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebihkomprehensif, peruntukan RM5 bilion akan disediakan pada tahun 2012. Daripadajumlah tersebut, 1.8 bagi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Perhubungan Desamembina 2,749 kilometer jaringan jalan raya yang membawa manfaat kepada 1.76juta penduduk bandar. Di samping itu, 2.1 memperluas liputan bekalan air bersih200 ribu rumah serta 1.1 lagi elektrik 39 buah rumah, khususnya di SabahSarawak.
Melihatkepada kejayaan pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Infrastrukur Awam (PIA) danProjek Infrastruktur Asas (PIAS) dalam menaiktaraf infrastruktur asasterutamanya di luar bandar, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM500 jutalagi demi melangsungkan terus usaha mulia tersebut. Apa yang mustahak,pelaksanaan PIA dan PIAS ini akan melibat penyertaan hampir 29,000 kontraktorKelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.
Kerajaanamat menitikberatkan bekalan air bersih khususnya kepada masyarakat luar bandartermasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, tempohpelaksanaan projek retikulasi ke Sarawak mengambil masa yang lama. Sebagailangkah segera, telah membekalkan 20 ribu tangki menggunakan kaedah tadahanhujan, untuk penduduk Sarawak, terutama rumah panjang melibatkan perbelanjaanRM52 juta.
Kemudahanini memberi faedah hampir 100 penduduk. Bagi tahun 2012, program akandipanjangkan pula negeri dengan peruntukan RM50 juta. Di kawasan Felda pula,infrastruktur sistem bekalan air yang telah beroperasi melebihi 50 tahun tidaklagi dapat beroperasi dengan baik kerana kebanyakannya telah usang. Keadaan initelah menyebabkan berlakunya krisis kekurangan dan gangguan bekalan air yangkritikal di sesetengah kawasan Felda, terutamanya di Pahang, Kedah, Kelantandan Terengganu. Justeru, kerajaan akan memperuntukkan RM400 juta bagikerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat dikawasan-kawasan Felda yang terpilih.
Sementaraitu juga, kerajaan menyedari masih terdapat estet yang belum mempunyaikemudahan bekalan air bersih. Sebagai permulaan, kerajaan bersetuju menyediakanperuntukan RM50 juta untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkanpenyambungan dari estet ke paip utama sedia ada. Kerajaan juga bersetuju supayaPihak Berkuasa Bekalan Air mengenakan tarif domestik kepada perumahan pekerjaestet berbanding dengan tarif industri yang dikenakan sekarang. KementerianSumber Manusia akan dipertanggungjawab untuk menyelaras dan memantaupelaksanaan kemudahan bekalan air ini.
Bagimeningkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kepada penduduk luar bandar, BSNakan melantik agen-agen di kawasan luar bandar di seluruh negara untukmenyediakan perkhidmatannya. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, BSN akanmelantik sejumlah lima ribu agen. Di peringkat permulaan, perkhidmatan yangdisediakan meliputi transaksi simpanan dan pengeluaran, pembayaran bil sertapembelian Sijil Simpanan Premium. BSN akan menyediakan RM50 juta bagi membiayaipembangunan sistem, latihan kepada agen dan kos operasi.
Selain itu,saya amat maklum bahawa masyarakat luar bandar sering menghadapi masalahperkhidmatan bas yang kurang memuaskan. Bagi menyediakan kemudahan yang lebihselesa, boleh dipercaya dan berkualiti, peruntukan tambahan RM28 juta akandisalurkan kepada Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank. Dengan yangdemikian, pengusaha bas berhenti-henti, bas mini dan bas sekolah boleh memohonpinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus untuk membeli atau membaikpulih bas. Kemudahan pembiayaan ini akan disediakan mulai 1 Januari 2012.
Dalam padaitu, seperti yang terlukis pada gagasan mulia 1Malaysia, tidak ada mana-manapihak, etnik atau kaum yang akan dipinggirkan. Semuanya mempunyai saham danhasil mahsul dalam cerita kejayaan Malaysia. Begitulah dari masa ke semasapula, pembangunan dan kebajikan Orang Asli terus menjadi agenda pentingKerajaan. Pada waktu ini, terdapat seramai 190,000 Orang Asli di seluruh negaradengan majoritinya tinggal di Pahang dan Perak. Bagi tahun 2012, kerajaan akanmemperuntukkan RM90 juta untuk penyediaan kemudahan asas termasuk memperluaskanprojek bekalan air terawat serta program penjanaan pendapatan.
Sememangnya,kerajaan amat bersimpati dengan bencana tanah runtuh yang berlaku di kawasanSungai Ruil, Cameron Highlands baru-baru ini. Untuk mempastikan keselamatanpenduduk Orang Asli di kawasan tersebut, Kerajaan dengan ini memperuntukkanRM20 juta bagi pemindahan penduduk ke kawasan perumahan baru.
FOKUSKEEMPAT: MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
Bajet 2012akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akanmenggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal denganmatlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadiorganisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPAakan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisianjawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatanperkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyaielemen-elemen berikut:
Pertama:Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasirendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;
Kedua:Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebarisdengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapatkenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagisesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawahSSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah RM6,325.39 kelak,di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada RM8,710.Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gredDG34, gaji maksimum adalah RM3,860.52, kelak nanti, di bawah SBPA ia akanmeningkat 39 peratus kepada RM5,370;
Ketiga: Padaperutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjayaperkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu,seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknyasekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16.
Bagi gurubukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-basedsekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempohlapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarangini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-basedlapan tahun turut diterima pakai; dan
Keempat:Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012,Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA,akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.
Kerajaansentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Denganpelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencenyang melibatkan peruntukan RM600 juta. Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akanmelaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpaperlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.
Dunia yangsemakin maju menyaksikan keterdepanan dalam teknologi dan sains perubatan. Hariini, kita adalah sebuah negara yang secara relatifnya muda namun suka tidaksuka, pada suatu masa nanti kita turut akan menghadapi fenomena biasa yangberlaku kepada mana-mana negara sedang meningkat maju dan maju.
Antaraelemennya, kadar kelahiran berkurang, keluarga memilih untuk mempunyai bilangananak yang lebih kecil dan kadar penuaan meningkat. Lalu, adalah tidakekonomikal sifatnya dalam keadaan begini jika umur persaraan tidak dilanjutkan,sedangkan harus barang diingat bahawa kerajaan akan menanggung kos gratuiti danpembayaran pencen.
Ternyata,penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun masih boleh memberisumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Oleh itu, kerajaanbersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam. Pelanjutan initidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektorawam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru.
Kerajaansentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diridan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung malah pembelajaran adalah satuproses sepanjang hayat. Untuk menjadi pelaksana yang berkesan kepadadasar-dasar kerajaan, penjawat awam mesti sentiasa melengkapkan diri denganpengetahuan, mempunyai pemikiran dinamik dan analitis.
Bagi maksudini, Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awamuntuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa. Padatahun 2012, Kerajaan dengan kerjasama IPTA akan menawarkan 5,000 peluangperingkat ijazah sarjana dan 500 lagi peringkat kedoktoran falsafah kepadapenjawat awam yang layak, termasuklah para guru dengan peruntukan sebanyakRM120 juta.
Kita akanmenawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkanpengajian ke peringkat sarjana muda. Untuk tujuan ini kerajaan akanmemperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama. Kita yakin, denganpendekatan ini, para penjawat awam dan para guru, secara keseluruhan perjalanankerjaya mereka akan bertambah baik dengan peluang kenaikan pangkat yang lebihcerah.
Salah satudaripada lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik yang telah dikenal pasti dalammentransformasikan negara adalah Penambahbaikan Kewangan Sektor Awam atauPublic Finance Reform. Inisiatif ini akan dapat meningkatkan keberkesanan danketelusan pengurusan kewangan sektor awam. Selain itu, sistem pentadbiran cukaiyang cekap dan berkesan merupakan prasyarat untuk memperluaskan asas cukai danmeningkatkan pematuhan oleh pembayar cukai. Langkah penguatkuasaan akandipertingkatkan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan,di samping memperkukuhkan sistem ICT agensi pengutip hasil.
Kerajaanjuga tentunya menghargai khidmat dan jasa kakitangan yang telah menamatkankontrak dari Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan dan JabatanKemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) yang berjumlah seramai 4,300 orang. Bagi membantu golongan ini meringankankos sara hidup, Kerajaan akan memberi bayaran khas sebanyak RM3,000 secaraone-off.
Lanjutandaripada ucapan saya sempena Hari Malaysia 16 September baru-baru ini, kitabakal menempa wajah baru landskap sosiopolitik negara. Pemansuhan, pemindaandan penggubalan kerangka perundangan baru bagi mengimbangi antara kepentingankeselamatan negara dan kebebasan individu akan memerlukan “Policing in a modernand open society.” Falsafah kepolisian yang dibentuk dalam era insurgency danketidaktentuan tidak lagi sesuai pada kontemporari ini. Kita mahu integriti danwibawa pihak polis kekal terjunjung tinggi. Bagi merealisasikannya, kitamemerlukan pasukan Polis yang moden dengan latihan yang sesuai dengan era baru,menuil teknologi moden, kelengkapan terkini dan cara penyiasatan danpengumpulan bukti yang saintifik dan canggih. Untuk ini, peruntukan khas RM200juta akan disediakan. Manakala sejumlah RM442 juta lagi akan diperuntukkan padatahun 2012, untuk perbelanjaan pembangunan PDRM. Antara projek yang akan dilaksanakanmerangkumi projek perumahan anggota polis, penambahbaikan ibu pejabat, balaidan pusat latihan.
RakyatMalaysia turut insaf bahawa harga kita menikmati keamanan dan kemakmuranbukannya percuma. Ia dibayar oleh mereka yang menyarung seragam Angkatan TenteraMalaysia yang merupakan benteng pertahanan utama negara. Sebagai kerajaan yangbertanggungjawab, sudah menjadi tugas kita untuk sentiasa memelihara kebajikanmereka.
Kebajikananggota tentera sentiasa menjadi perhatian kerajaan bagi mempastikan anggotatentera fokus dalam menjalankan tugas. Tempat tinggal dan suasana kem yangselesa dapat menjadi pemangkin kepada prestasi kerja yang positif di kalangananggota. Untuk itu, kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta di bawah programArmy Care untuk menaik taraf dan menyelenggarakan kem dan kuarters tentera diseluruh negara.
Terdapatseramai 175,000 anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmatkurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen. Akibatnya, merekamenghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan untuk menampung kos sara hidup. Bagimeringankan beban golongan ini, kerajaan akan menyediakan program latihankhusus untuk mereka yang sudah bersara tanpa pencen bagi menceburi bidangperniagaan serta membantu mendapatkan pekerjaan dalam sektor awam dan swastakepada mereka yang layak. Untuk melaksanakan insentif ini, sebanyak RM50 jutaakan disediakan.
Sejarahnegara penuh dengan cerita-cerita wira yang tidak di dendang. Mereka yangapabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnyatanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas danpolis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zamandarurat. Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra PoliceConstable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable,Border Scout dan Jungle Scout.
KerajaanBarisan Nasional adalah kerajaan yang mengenang budi. Kita tidak akanmembiarkan wirawan dan wirawati tanpa pembelaan yang sewajarnya. Kita tidaksekali-kali seperti setengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa baktimereka. Sesungguhnya, keringat dan air mata mereka serta keluarga yangmembasahi bumi bertuah ini akan terus malar dan segar dalam sanubari daningatan setiap rakyat Malaysia.
Sebagaimengenang jasa bakti mereka, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM3,000secara one-off kepada setiap bekas anggota serta duda dan balu mereka yangkesemuanya berjumlah hampir 62,000 orang. Sumbangan ini sedikit sebanyakdiharapkan dapat membantu meringankan kos sara hidup.
FOKUSKELIMA: MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
Kerajaanmendengar rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang terutamanya bahanmakanan. Bagi menangani fenomena ini, Kerajaan akan mengambil langkah-langkahyang bersepadu bersifat jangka pendek, sederhana dan panjang. Antaranyameningkatkan pengeluaran makanan seperti beras, daging, sayur-sayuran danbuah-buahan melalui langkah berikut:
Pertama:Melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2011 hingga 2020 yang menggariskan empatstrategi iaitu menjamin bekalan makanan mencukupi, meningkatkan nilai ditambah,melengkapkan dan memperkukuhkan rantaian bekalan serta menyediakan guna tenagapertanian berpengetahuan dan terlatih;
Kedua:Memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektor pertanian. Antaraprojek utama adalah Projek Pertanian Bersepadu Terengganu Utara, ProjekPengairan Sabah dan Sarawak, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga atau TEKUN danprojek-projek lain di bawah NKEA;
Ketiga:Memperluaskan skop pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanianberinovasi. Dengan ikhtiar ini, jumlah dan pendapatan usahawan tani dapatdipertingkatkan. Peruntukan RM300 juta akan disediakan; dan
Keempat:Memperbanyakkan program ladang kontrak bagi mempastikan bekalan produk makananmencukupi. Program ini akan dikendalikan oleh FAMA di mana hasil keluaran akandipasarkan terus ke pasar tani seluruh negara. Seramai 4,500 usahawan tani akanterlibat dengan keluasan tanah 7,000 hektar. Untuk tujuan ini, peruntukan RM14juta disediakan.
Kita kinimendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kitaucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negarakebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik,janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formulaini. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkankonsep negara berkebajikan? Tidakkah berkebajikan kerajaan Barisan Nasionalkini, apabila:
Pertama:Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanyabayar RM1.80. Subsidi kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari hargasebenar;
Kedua: Bagisetiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidikerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar;
Ketiga: Bagisetiap kilogram minyak masak, harga asal RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50.Subsidi kerajaan berjumlah RM2.25 atau 47 peratus dari harga sebenar; dan
Keempat: Bagisetiap kilogram tepung gandum, harga asal RM1.90, rakyat hanya bayar RM1.35.Subsidi kerajaan berjumlah 55 sen atau 29 peratus dari harga sebenar.
Kesimpulannya,keseluruhan subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dandinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaya atau miskin, bandaratau luar bandar. Oleh yang demikian itu, kita ingin bertanya, tidakkah inidinamakan negara kebajikan?
Tidak cukupsekadar itu, subsidi kerajaan bukan terhad hanya kepada bahan makanan asas sahaja,ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkansebanyak RM17 bilion. Ini meliputi:
Pertama:Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal RM2.75, rakyat hanya bayar RM1.90.Subsidi kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar;
Kedua: Bagisetiap liter diesel, harga asal RM2.66, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidikerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar; dan
Ketiga: Bagisetiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal RM48.2, rakyat hanya bayarRM26.60. Subsidi kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dariharga sebenar.
Selain itu,kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah RM20sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009. Pemberian subsidi inimelibatkan peruntukan RM150 juta dan seramai 1 juta isi rumah akan mendapatmanfaat.
Untukmakluman, segala subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah RM33.2 bilion.Semuanya dengan semangat Rakyat Didahulukan.
Bagi tahun2012, kerajaan akan menyediakan RM1.2 bilion untuk program Kebajikan Rakyat1Malaysia atau KAR1SMA yang merangkumi bantuan kepada warga emas miskinsebanyak RM300 sebulan; bantuan kanak-kanak miskin RM100 sebulan, dengan hadmaksimum RNM450 sebulan serta bantuan dan elaun kepada Orang Kurang Upaya (OKU)antara RM150 hingga RM300 sebulan. KAR1SMA akan memberi manfaat kepada hampir500,000 rakyat dalam membantu meringankan beban sara hidup.
Selanjutnya,kerajaan juga akan mengambil langkah bagi membendung kenaikan kos dan hargaserta membantu mengurangkan beban rakyat seperti berikut:
Pertama:Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia ke seluruh negara. KR1M menawarkan 250jenis produk berjenama 1Malaysia meliputi keperluan harian pengguna pada hargasehingga 40 peratus lebih rendah. Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan,Kerajaan juga bercadang membuka 85 unit tambahan sehingga akhir 2012 denganperuntukan RM40 juta;
Kedua:Membuka 30 unit Agro Bazaar Kedai Rakyat di seluruh negara bagi memasarkanproduk pertanian dan barangan berjenama 1Malaysia. Di samping itu, Kerajaanakan memperluaskan penjualan produk 1Malaysia di semua kedai di bawah ProgramTransformasi Kedai Runcit (TUKAR), kedai Felda dan kedai serbaneka stesenminyak seluruh negara; dan
Ketiga:Memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan pakej menumakanan popular pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 bagi sarapan pagidan RM4 bagi makan tengah hari. Sehingga kini, lebih 700 pengusaha telahmengambil bahagian dan dijangka diperluaskan kepada 3,000 pengusaha pada akhir2012. Untuk mengembangkan lagi langkah ini, Kerajaan menggalakkan semuapengusaha kafeteria di pejabat kerajaan dan swasta melaksanakan inisiatif MenuRakyat 1Malaysia.
Bagimemenuhi permintaan rumah golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000,kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011. Untuk menambahbaik skim ini, kerajaan mencadangkan had maksimum harga rumah dinaikkandaripada RM220,000 kepada RM400,000. Penambahbaikan ini boleh dinikmati olehpembeli rumah melalui pinjaman bersama suami isteri bermula Januari 2012.
Bagimembantu pembeli mencapai impian mereka memiliki rumah pertama, pihak kerajaantelah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA sebagai satu agensi tunggalyang berperanan untuk membangun dan menyelenggarakan perumahan mampu milikberkualiti khusus untuk memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.
PR1MA akanberperanan sebagai pemaju untuk projek yang diadakan di tapak pemilikankerajaan. Justeru, kerajaan bercadang untuk memajukan beberapa bidang tanahpemilikan kerajaan di sekitar Sungai Besi dan Sungai Buloh untuk projeksedemikian. Kerajaan juga akan mengenal pasti kawasan-kawasan berhampiranstesen MRT, LRT atau pengangkutan awam sebagai kawasan pilihan utama untukdimajukan oleh PR1MA.
Di sampingitu, PR1MA juga mengalu-alukan kerjasama antara pihak swasta untuk membangunkanprojek-projek sedemikian. Sehubungan dengan itu, beberapa pemaju swasta jugatelah menyahut seruan kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti.PR1MA akan memainkan peranan supaya proses pengagihan untuk projek-projek inidijalankan secara telus dan adil melalui sistem pengundian terbuka. Pada tahun2011, sebanyak 1,880 unit rumah akan mula dibina di Putrajaya dan Bandar TunRazak.
Bagi tahun2012 pula, 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban,Damansara dan Bukit Raja. Harga rumah yang ditawarkan di bawah skim ini lebihrendah berbanding dengan harga pasaran disebabkan tanah dan dana mudahcaradisediakan kepada pemaju. Sebagai contoh, satu unit apartmen dengan keluasan1,000 kaki persegi di Putrajaya dijual pada harga RM150,000 berbanding hargapasaran RM220,000. Kerajaan juga akan memberi pengecualian sepenuhnya dutisetem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah program ini.
Padakebiasaannya, rumah dijual sebelum pembinaan bermula di mana pembeli akanmenanggung risiko sekiranya rumah tidak siap atau lewat disiapkan. Bagimelindungi pembeli, kerajaan menggalakkan lebih banyak pembinaan rumahmenggunakan kaedah bina kemudian jual. Untuk tujuan ini, bank-bank Islam yangtelah bersetuju akan menyediakan pembiayaan patuh syariah dan mengambil risikopembinaan. Pembeli hanya membayar ansuran setelah rumah siap dibina. Skim ini akandilaksanakan bagi rumah bernilai RM600,000 dan ke bawah.
Masih ramailagi rakyat yang belum memiliki rumah, terutamanya golongan berpendapatanrendah. Justeru, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat(PPR) di seluruh negara dengan membina lebih 75,000 unit rumah mampu milik dibawah RMK10. Bagi tahun 2012, RM443 juta diperuntukan bagi membina hampir 8,000unit PPR disewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki.
Selain itu,Program Rumah Mesra Rakyat yang dikendalikan oleh Syarikat Perumahan NegaraBerhad (SPNB) akan diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendahmemiliki rumah lebih selesa. Di bawah program ini, mereka yang mempunyai tanahpersendirian dan tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang, bolehmendapatkan pembiayaan untuk membina rumah sendiri. SPNB akan diberikanperuntukan tambahan untuk membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun2012. Kos rumah yang berharga RM65 ribu ini, akan dijual dengan harga RM45 ribusahaja. Di sini, bagi setiap unit rumah, kerajaan akan memberi subsidi sejumlahRM20,000. Sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan untuk program ini.
Selain itu,melalui Program Pemulihan Rumah Terbengkalai, Kerajaan berjaya memulihkan danmendapat Sijil Layak Menduduki (CF) bagi 82 projek yang melibatkan lebih 15,000unit rumah. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha murni ini pada tahun 2012dengan peruntukan RM63 juta untuk memulihkan 1,270 unit rumah terbengkalai.Kerajaan juga memperuntukkan RM40 juta bagi membaik pulih dan menyelenggarakanrumah kos rendah awam dan swasta.
Golonganekspatriat turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Jumlahekspatriat yang bekerja di Malaysia telah meningkat kepada lebih kurang 41,000orang. Untuk menyediakan suasana kondusif bagi menggalakkan ekspatriat terusberkhidmat di Malaysia, Kerajaan akan membenarkan golongan ini mengeluarkancaruman KWSP untuk pembiayaan pinjaman perumahan, sama seperti kemudahan yangdiberi kepada warganegara.
Kepada paranelayan, Kerajaan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi mereka ini yangtiada pendapatan tetap dan bergantung semata-mata kepada hasil tangkapan. Kitamaklum bahawa, kebanyakan nelayan memiliki rumah yang daif dan kurang selesa.Sehubungan itu, Kerajaan akan mewujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukanRM300 juta untuk membina dan membaik pulih rumah mereka agar menjadi lebihselesa dengan prasarana asas.
Kerajaanakan terus menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat, terutamanyarawatan berkualiti, peralatan terkini serta persekitaran lebih selesa. Bagitahun 2012, sektor perkhidmatan kesihatan akan diperuntukkan RM15 bilion untukperbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Inimelibatkan antaranya pembinaan dan menaik taraf hospital termasuk di Bera, KualaKrai, Dungun, Sri Aman dan Tuaran serta menambah baik blok bersalin di HospitalPutrajaya. Kerajaan juga akan menambah baik 81 klinik kesihatan luar bandar diseluruh negara dan membuka 50 klinik 1Malaysia.
Kerajaanamat prihatin dengan keselesaan rakyat terbanyak. Untuk itu, Hentian Pudu Rayayang digunakan oleh hampir 80,000 pengguna pada satu-satu masa, yang dahulunyadalam keadaan daif dan kotor, telah dinaiktaraf dengan belanja sebanyak RM40juta. Kini, Hentian Pudu Raya telah berwajah baru dan dinamakan semula sebagaiPudu Sentral.
Langkah yangsama akan diambil untuk menambah baik Hospital Kuala Lumpur (HKL) yangmerupakan nadi perkhidmatan kesihatan di kota dan dikunjungi hampir 3,000pesakit luar setiap hari. Demi keselesaan warga kota, hospital yang berusia 141tahun dan merupakan hospital tertua di Malaysia ini akan dinaiktaraf supayamenjadi sebuah hospital primer negara dilengkapi dengan peralatan terkini dancanggih dengan peruntukan RM300 juta. Dari peruntukan ini, RM50 juta akandigunakan untuk membina sebuah sayap baru HKL khusus untuk rawatan pesakitluar.
Kerajaanjuga memahami beban kerja pegawai perubatan di mana mereka bertugas berterusanmelebihi 45 hingga 120 jam seminggu. Situasi ini sememangnya tidak kondusifuntuk mereka memberi rawatan berkualiti. Oleh yang demikian, Kerajaan telahmemperkenalkan jadual kerja luwes atau fleksi Pegawai Perubatan Siswazah, dimana waktu kerja di jadual semula kepada purata 60 jam seminggu. Bagimenggantikan Elaun Luar Waktu Bekerja Biasa, Kerajaan memperkenalkan Elaun KhasWaktu Bekerja Fleksi sebanyak 600 ringgit sebulan berkuat kuasa 1 September2011. Bagi pakar dan pegawai perubatan, Kerajaan juga bersetuju menaikkan elaunon-call semalaman antara RM30 hingga RM80 berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Untukmenambah pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat melabur di kalangangolongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat1Malaysia atau SARA 1Malaysia yang amat bitara atau istimewa. Skim ini dibukakepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akanmemanfaatkan 100,000 isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjamanRM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun. Pada akhir tempoh lima tahun,pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik. Skim ini akandikendalikan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama institusikewangan terpilih mulai Januari 2012.
Bagimempastikan masyarakat Bumiputera bergerak seiring dengan perkembangan ekonomi,Kerajaan telah menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untukmenyelaras dan memacu transformasi serta memperkukuhkan penyertaan masyarakatBumiputera dalam perniagaan. Untuk ini, TERAJU akan membimbing secaraberperingkat hampir 1,100 syarikat Bumiputera yang berprestasi tinggi dan berpotensiuntuk disenaraikan di bursa saham. Di samping itu, MARA akan menyediakanpembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untukpembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskan konsep ManagementBuyout.
Pembangunanusahawan merupakan faktor terpenting bagi melonjak aktiviti ekonomi Bumiputera.Selaras dengan itu, program pembangunan usahawan yang bersepadu akan dilaksanabagi meningkatkan daya saing dan daya maju usahawan Bumiputera termasukmasyarakat luar bandar. Justeru, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta bagiprogram pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah KementerianKemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Padaperspektif lain, kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat beban yangditanggung oleh pemilik teksi bajet persendirian akibat kos operasi yangmeningkat. Tambahan pula, sebahagian besar teksi yang dimiliki telah melebihijangka hayat ekonomi. Selain menjaga kebajikan serta menambah baik perkhidmatanteksi, kerajaan mencadangkan pemilik teksi bajet persendirian diberi bantuanseperti berikut:
Pertama:Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksibaru buatan tempatan;
Kedua:Pengecualian bayaran balik duti eksais dan cukai jualan ke atas teksi yangberusia lebih dari tujuh tahun yang dijual atau ditukar milik;
Ketiga:Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milikpersendirian;
Keempat:Pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman penuh untukmemiliki teksi baru buatan tempatan. Skim pinjaman ini yang diuruskan oleh BSNakan ditawarkan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2012; dan
Kelima:Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama yang berusia melebihitujuh tahun tetapi kurang daripada 10 tahun. Bagi teksi yang berusia 10 tahundan ke atas, bantuan RM1,000 akan diberikan. Bantuan ini ditawarkan bagipembelian kereta baru buatan tempatan untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari2012.
Kerajaanberharap dengan pemberian bantuan ini, pemandu teksi dapat memberi perkhidmatanlebih berkualiti, mesra pelanggan dan sekali gus menaikkan imej negara yangmesra pelancong. Bagi kesemua bantuan di atas, setiap pemilik teksi bajetpersendirian dijangka mendapat manfaat kira-kira RM7,560. Pemberian bantuankepada pemilik teksi bajet ini juga dipanjangkan kepada pemilik kereta sewapersendirian.
Kerajaankomited untuk memastikan bahawa tidak ada orang yang dituduh atas kesalahanjenayah ternafi haknya untuk di guami. Pada kala ini, dianggarkan 80 peratusOrang Kena Tuduh dalam kes jenayah yang tidak mempunyai peguam untuk membelamereka kerana tidak berkemampuan bagi membayar fi guaman yang tinggi. Untukini, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan mempastikan setiap individu yangdidakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman secara percuma. Bagi maksud tersebut,kerajaan akan menambah RM10 juta lagi kepada yayasan pada tahun hadapan membawajumlah keseluruhan sebanyak RM15 juta.
Bagimempastikan kebajikan rakyat terus terbela, Kerajaan telah menyediakan pusatkhidmat bantuan sosial yang dikenali sebagai Anjung Singgah untuk memberiperlindungan sementara golongan gelandangan. Pusat ini menyediakan khidmatbantuan pekerjaan, kemudahan tempat tinggal dan makanan, kaunseling sertabantuan kebajikan. Pada masa ini, terdapat hampir 1,400 orang gelandangan di KualaLumpur yang mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan daripada jumlahtersebut, 250 orang telah mendaftar dengan Anjung Singgah. Program ini akandiperluaskan ke Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.
Kerajaansentiasa mengiktiraf keupayaan wanita dalam bidang kepimpinan dan pengurusan.Sehubungan itu, Kerajaan telah meluluskan Dasar Sekurang-kurangnya 30 PeratusWanita di Peringkat Pembuat Keputusan Dalam Sektor Korporat. Bagi melaksanakandasar tersebut, antara yang utama, Kerajaan akan menjalankan program latihanbagi wanita yang berpotensi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat,membangunkan pangkalan data wanita berpotensi untuk diketengahkan sebagaipengarah syarikat dan mempergiatkan aktiviti advokasi.
Bagi menarikgolongan profesional wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan, kerajaan jugaakan menyediakan program latihan yang bersesuaian. Bagi melaksanakanprogram-program latihan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan RM10 juta.
Pada tahun2011, kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta kepada TEKUN. Bagi memberirangsangan kepada usahawan kecil, saya mencadangkan peruntukan ini ditambahlebih sekali ganda lagi kepada RM300 juta. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) jugaakan menyediakan RM2.1 bilion untuk pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanyawanita. Daripada jumlah tersebut, RM100 juta disediakan untuk usahawan kaumIndia dan RM100 juta lagi kepada usahawan kaum Cina melalui satu unit khas dibawah AIM. Untuk mengurangkan kos pengendalian peniaga dan usahawan mikro,kerajaan mencadangkan surat cara perjanjian pembiayaan mikro kredit diberipengecualian duti setem.
Pada masaini, barah pangkal rahim (kanser servik) merupakan barah kedua tertinggi dikalangan wanita Malaysia. Kemajuan dalam sains perubatan telah membolehkanpenyakit ini boleh dicegah melalui suntikan imunisasi. Kementerian PelajaranMalaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakansuntikan imunisasi secara percuma kepada murid perempuan tingkatan satu disemua sekolah Kerajaan, bantuan Kerajaan, swasta dan antarabangsa mulai bulanApril hingga Mei 2010.
Bagimembolehkan lebih ramai wanita untuk mendapatkan kemudahan imunisasi, Kerajaanakan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV (Human PapillomaVirus) yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Perancang KeluargaNegara di seluruh negara. Kos imunisasi ini adalah RM150 bagi tiga suntikan.Untuk tujuan ini, peruntukan RM50 juta akan disediakan pada tahun 2012.
Di sampingitu, untuk menjamin kesihatan para ibu dan anak, maka sebuah hospital khususuntuk kaum wanita dan kanak-kanak akan dibina di Kuala Lumpur melaluiperkongsian awam swasta dengan kos RM700 juta.
Golongan beliaadalah generasi yang menyumbang dan merealisasi wawasan negara. Generasi mudaperlu diperlengkap dengan latihan dan kemahiran bagi mempastikan peranan merekadalam pembangunan negara. Untuk ini, kerajaan akan memperuntukkan RM320 jutabagi menjalankan pelbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, programkepimpinan, daya tahan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri termasuksumbangan kepada Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri dan Majlis BeliaDaerah.
Apa yangdiusahakan pada hari ini bukanlah untuk kita. Akan tetapi, demi masa depananak-anak kita. Potensi setiap golongan ini mestilah digembleng dandioptimumkan, idealisme mereka mesti digilap, kreativiti mesti dipupuk danbakat mereka dibajai untuk terus berkarya. Pujangga berpesan agar mendidikanak-anak sesuai dengan zaman mereka. Kalau kita dahulu ingin dilayan sesuaikehendak kita sebagai orang muda, begitu juga anak-anak zaman sekarang.
Selarasdengan itu, Kerajaan juga sedar kekangan institusi yang ada kini dalammengeluarkan bantuan kepada idea-idea kreatif. Kita perlu bertanya, jika denganstruktur pembiayaan sedia ada yang kaku dan tegar, adakah idea orang-orangseperti Bill Gates, mendiang Steve Jobs, Michael Dell, adik-beradik Wrights,Thomas Edison boleh berjaya? Lantaran, berapa banyak idea dan karya telahdibakul sampahkan yang berkemungkinan bernilai berbilion-bilion ringgit.Bertolak dari situ, kerajaan prihatin terhadap suara dan nurani orang muda.Sebagai projek perintis, kita bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat modalteroka milik Kerajaan yang bernama MyCreative Venture Capital dengan danapermulaan RM200 juta.
Manakalasebanyak RM200 juta lagi akan disediakan untuk latihan dan kemahiran belia yangtidak meneruskan pengajian persekolahan melalui Program Strategik untuk Belia1Malaysia atau Strategic Action for Youth atau SAY 1Malaysia. Skim ini akanmenyediakan pelbagai jenis latihan kemahiran yang dikendalikan oleh institusisedia ada seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, Institut LatihanPerindustrian dan Giat Mara. Semasa latihan, pelatih akan diberi latihanpraktikal di GLC dan syarikat swasta supaya mereka mudah mendapat pekerjaan.
Pada masaini, futsal semakin popular di kalangan belia dan peminat sukan. Bagimenggalakkan aktiviti sukan ini, kerajaan telah siap membina 1,100 gelanggangfutsal di seluruh negara, manakala 527 lagi sedang dalam pembinaan.Memandangkan populariti sukan tersebut, kerajaan akan menyediakan peruntukanRM15 juta bagi membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu GelanggangSatu Mukim dapat dicapai. Bagi meningkatkan aktiviti riadah terutama sukan bolasepak, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta bagi menyediakan kemudahan padangtiruan atau artificial turf yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasiterpilih seluruh negara.
Programsukan berprestasi tinggi termasuk bola sepak, badminton, skuasy, boling tenpin,acara terjun, memanah dan lumba basikal akan juga diberi tumpuan. Untuk ini,Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta menjadikan keseluruhanperuntukan RM84 juta bagi program mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapatbersaing dan berjaya dalam kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.
Tidak pernahdilupakan adalah kebajikan warga emas terutamanya untuk mereka mendapatkankemudahan awam seperti perkhidmatan kesihatan dan pengangkutan.
Sukacitasaya mengumumkan, mulai 1 Januari 2012, semua warganegara berumur 60 tahun danke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital danklinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia serta pergigian milik kerajaan.Mereka juga akan diberi diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel.
Dalam Bajet2011, bagi memastikan pekerja swasta dan mereka yang bekerja sendiri mempunyaisimpanan mencukupi semasa bersara, saya telah mengumumkan pelepasan cukaisehingga RM6,000 untuk caruman kepada KWSP dan insurans hayat diperluaskan bagimeliputi caruman kepada Dana Pencen Swasta, kini dikenali sebagai SkimPersaraan Swasta. Bagi terus menjamin kesejahteraan rakyat di usia persaraan disamping mempromosi skim persaraan swasta yang dijangka dapat merancakkanpembangunan pasaran modal, saya mencadangkan:
Pertama:Pelepasan cukai baru sehingga RM3,000 ke atas caruman dalam Skim PersaraanSwasta dan anuiti insurans selama 10 tahun. Dengan ini, pelepasan cukai sediaada ke atas Skim Persaraan Swasta dan anuiti insurans dirasionalkan;
Kedua:Potongan cukai ke atas caruman majikan bagi pekerja dalam Skim PersaraanSwasta; dan
Ketiga:Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana Skim Persaraan Swasta.
Kini pesaramenghadapi kekurangan simpanan untuk menampung kos saraan hidup setelahbersara. Kajian menunjukkan hampir 70 peratus menghabiskan kesemua simpananmereka dalam tempoh 10 tahun selepas bersara. Bagi meningkatkan simpanan untukhari tua, Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 danke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.
Ada jugapihak yang sentiasa memfitnah kerajaan bahawa kerajaan hanya berminat denganprojek mega yang bernilai berbilion-bilion. Sesungguhnya tuduhan ini amatlahmemesongkan. Bukankah tercatat dalam lipatan sejarah bahawa KerajaanPerikatanlah yang bertanggungjawab menubuhkan Kementerian Pembangunan Negara danLuar Bandar lebih 50 tahun yang lalu dan mempelopori pembangunan secarasistematik? Sebagai kesinambungan tradisi mulia ini, Kerajaan akan memberinafas baru kepada kawasan pedalaman luar bandar termasuk kampung tradisional,rumah panjang dan kampung baru. Melalui Program Transformasi Luar Bandar atauRTP, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak satu bilion ringgit untuk membinadan menaik taraf kemudahan seperti balai raya, surau, parit, jambatan kecil,lampu jalan termasuk memperbaiki rumah yang usang.
Inisiatifini akan dilaksanakan dan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan.
Air bah ataubanjir merupakan bencana utama negara dan setiap tahun kerajaan membelanjakansatu bilion ringgit bagi menampung kos kerugian dalam pelbagai aspek kehidupan.Pada masa ini, terdapat 4 juta penduduk yang masih tinggal di kawasan berisikobanjir. Sebagai tindakan awal, Kerajaan akan melaksanakan Rancangan TebatanBanjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit. DiPerlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebarserta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan. Di Perak, tiga projek RTB diSungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah. Manakala bagi Johor, projekRTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Dalam usahauntuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkananak-anak, kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atausekali sahaja seperti berikut:
Pertama:Bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah. Langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan Kerajaanterhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup.
Seramai 3.4juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangkamendapat manfaat daripada bantuan ini. Pemberian ini melibatkan peruntukansebanyak RM1.8 bilion. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layakhendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana.Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Kedua:Bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah danmenengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkanbantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana,atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjagaatau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya,langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuanini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkanperuntukan RM530 juta. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun BankSimpanan Nasional; dan
Ketiga:Pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysiadi institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi sertapelajar tingkatan enam di seluruh negara. Bantuan ini dijangka memberi manfaatkepada kira-kira 1.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan RM260 juta.
Kita sedangberada dalam bulan Zulhijjah dan seruan haji sebagai Rukun Islam kelimasentiasa saja berkumandang kepada hamba-hamba-Nya untuk menuju Baitullah darimana saja penjuru dunia. Dalam hal ini, Kerajaan menyedari, ramai golonganberpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliranhaji kerana tidak mempunyai tabungan minimum sebanyak RM1,300.
Justeru,bagi membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji, Kerajaandengan ini membenarkan pencarum KWSP membuat pendaftaran awal melaluipenghadangan atau ring-fencing Akaun 2 pencarum sebanyak RM1,300. Melaluikaedah ini, wang pencarum sejumlah 1,300 itu masih kekal dalam KWSP tetapipencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji.
Kerajaanyakin penjawat awam akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalammempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan. Dalam konteks ini,seperti yang semua ketahui, pada bulan Ogos yang lalu, kerajaan telah punmembayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawatawam dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara.
Berdasarkansokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapaimatlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengahbulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesaraKerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji denganbayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgitbagi pesara kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awamserta 618,000 pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahunini akan menelan belanja sebanyak RM4 bilion.
Menyedaritanggungjawab, tugas serta beban kerja Ahli-ahli Parlimen yang semakinbertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik barubersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baruini, maka, Kerajaan dengan ini bercadang untuk mengkaji semula elaun dankemudahan Ahli-ahli Parlimen sekalian. Dengan syarat... kedua-dua belah pihak,parti Kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju.Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru iniakan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.
PENUTUP
Saya danrakan-rakan Jemaah Menteri dan anggota Dewan dari parti Barisan Nasionalberdiri dengan nubari yang jernih bahawa kami melalui Bajet 2012 pada petangyang mulia penghulu segala hari ini, sekali lagi akan meneruskan tradisi parapendahulu kami dalam meletakkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara ditempat yang teratas.
Apa yangmenjadi keutamaan kepada kami bukannya nostalgia lampau apatah lagi popularitimurahan. Yang terjunjung di atas jemala kami sebagai Kerajaan yangbertanggungjawab adalah menyediakan masa depan gilang-gemilang buat semuaanak-anak Malaysia. Sebuah masa depan bergemerlapan dengan harapan dankemakmuran bukannya masa depan suram dicengkam ketakutan.
Sesungguhnya,bersesuaian dengan surah al-Hasyr ayat 7 yang menyeru “agar harta tidak hanyaberlingkar dikalangan orang-orang berada antara kamu”, maka tidak syak lagi,Bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat.Ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekalipun menengah atautinggi, dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa.
Pucukpangkalnya, perjalanan yang telah saya dan rakan-rakan mulakan semenjak April2009, kini telah menempuh satu puncak penanda. Pastinya, sepanjang tempoh 30bulan yang lalu, saya dan rakan-rakan telah melakar hala tuju jelas negaradalam pusingan akhir bagi menempa wawasan kebangsaan.
Ia tidakhanya membabitkan pengukuhan perpaduan nasional berasaskan prinsip meraikan kepelbagaian,menambahbaik penyampaian sektor awam dengan merundingi rakyat, prosespenstrukturan ekonomi melalui Model Baru Ekonomi dan Program TransformasiEkonomi, malah, ia juga menjangkau Program Transformasi Politik yang akanmenjadi saksi menyinsingnya fajar baru Malaysia.
Di mana,perbezaan yang sihat serta membina tidak akan lagi menjadi punca pertelingkahantidak berkesudahan. Di mana, tidak ada individu yang akan dihukum hanya sanyakerana ideologi berbeda. Di mana, anak-anak muda akan bebas untuk menggilapidealisme mereka di atas bumi Malaysia ini, demi kemajuan negara.
Seyogiadiperingatkan bahawa, perjalanan ini tidak mungkin berjaya tanpa laluan yangtelah diredah denaikan oleh pendahulu-pendahulu saya sebermula Almarhum TunkuAbdul Rahman diikuti Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein, TunDr. Mahathir dan Tun Abdullah. Ia tidak mungkin jua terjelma tanpa kestabilanpolitik yang dihidupkan oleh perkongsian kuasa melalui konsep Barisan Nasionalyang bitara. Yang lebih utama, ia tidak mungkin dizahirkan tanpa sokongan padurakyat.
Sesungguhnya,sokongan besar rakyat amat penting untuk mempastikan perjalanan kita akanmenemui kejayaan yang diimpikan menuju gapura Malaysia yang maju, makmursebagai oasis harapan dan kestabilan dalam lautan dunia yang tidak menentu.
Sememangnyalagi, Kerajaan Barisan Nasional tidak tunduk kepada tekanan atau apa-apapaksaan untuk mengambil jalan yang benar dan betul demi warga Malaysia. Kamiyakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukannya dibuat-buat atau sebuahilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokansyaksiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak. Perjuangankami warisan mulia zaman berzaman meniti generasi.
Perjuanganini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalahperjuangan berdekad lamanya. Inilah sebuah Bajet di bawah lembayung DasarTransformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah.
Sumber: Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia
Label:
Bajet 1 Malaysia
| Reaksi: |
Langgan:
Catatan (Atom)